top of page
Search

Semakan Pra-penerbangan sebelum Operasi Drone

Walaupun setiap pengendali dan operasi adalah berbeza, sebagai juruterbang drone adalah penting untuk mengambil sedikit masa sebelum melakukan penerbangan bagi memastikan anda mempunyai peralatan dan syarat yang sesuai untuk misi penerbangan yang berjaya. Oleh itu, kebanyakan komuniti dron sangat mementingkan untuk mempunyai senarai semakan pra-penerbangan.


Di dalam artikel ini kami akan membincangkan kepentingan semakan pra penerbangan dron dan bagaimana untuk menghasilkan ia mengikut keperluan anda. Perkara yang perlu ada hendaklah termasuk item daripada sebelum berlepas ke misi, menerbangkan dron dan menyimpannya selepas misi.




 Mengapa semakan pra penerbangan penting?

Kepentingan semakan pra penerbangan dron tidak boleh dipertikaikan lagi. Ia bertindak sebagai manual juruterbang untuk memastikan setiap penerbangan dijalankan dengan cara yang paling selamat dan paling cekap. Berikut adalah lima sebab yang menekankan kepentingannya:


  1. Jaminan Keselamatan : semakan dapat membantu dalam mengenalpasti sama ada dron dapat berfungsi dengan baik dan bersedia untuk diterbangkan. Mengurangkan risiko berlaku kemalangan atau kerosakan di udara.

  2. Pematuhan undang – undang: memastikan setiap keperluan peraturan seperti pemprosesan lesen dan permit diperolehi sebelum penerbangan bagi mengelakkan komplikasi undang -undang.

  3. Operasi yang cekap: mengikuti senarai semakan boleh membantu dalam meningkatkan prestasi dan jangka hayat dron, menjadikan operasi lebih cekap.

  4. Penyelesaian masalah mudah: senarai Semak boleh membantu dalam mengenalpasti masalah sebelum diterbangkan, dapat menyelesaikan masalah dengan mudah dan pantas.

  5. Pengesahan dokumen: ia juga termasuk pengesahan dokumen seperti sijil operasi atau pelan penerbangan bagi memastikan anda bersedia untuk melakukan misi.


Berikut ada beberapa tips untuk anda membuat senarai semak yang disesuaikan dengan keperluan khusus anda.


Sebelum Keluar

  • Memastikan bateri (termasuk bateri tambahan), controller, dan telefon dicaj.

  • Sebarang aksesori yang diperlukan perlu berada di dalam bekas penyimpanan.

  • SD kad telah dimasukkan di dalam dron bersama bekasnya.

  • Keadaan cuaca dan udara dalam keadaan baik untuk memulakan misi.

 

Sebelum Berlepas

  • ·Krew telah diberikan penerangan mengenai peranan mereka, objektif misi dan prosedur kecemasan.

  • Kawasan bebas daripada orang atau haiwan yang tidak terlibat di dalam operasi

  • Semak semula cuaca dan ruang udara untuk mengesahkan sama ada melaksanakan penerbangan dron masih baik.

  • Propellor berada dalam keadaan baik (propellor dipasang dengan betul, berputar bebas, tiada kerosakan dan bersih)

  • Penutup gimbal ditanggalkan dengan betul.

  • Motor dalam keadaan baik dan tiada serpihan

  • Keadaan bateri adalah optimum.

  • Semasa Drone diterbangkan

  • Drone dapat diterbangkan dengan baik tanpa sebarang dihanyutkan

  • Alat kawalan berfungsi dengan baik dan tepat

  • Pesawat bertindak balas dengan betul untuk mengawal input pada ketinggian minimum (lebih tinggi daripada dua meter).


Sebelum Mendarat

  • Keadaan bateri mencukupi untuk melakukan pendaratan

  • Laluan turun adalah jelas dan bebas daripada sebarang halangan

  • Kawasan pendaratan bebas daripada orang dan haiwan


Sebelum Menyimpan

  • Matikan Drone

  • Periksa gimbal dan lens

  • Periksa keadaan dan tahap bateri

  • Pasangkan penutup gimbal

  • Memastikan tiada sebarang kerosakan pada pesawat


Senarai semak pra penerbangan dron ialah alat penting yang membantu juruterbang dron memastikan dron mereka sedia untuk penerbangan. Mengikuti senarai semak pra-penerbangan dron boleh menyediakan operasi dron yang selamat dan sah. Seperti yang diketahui oleh juruterbang berlesen, mereka mungkin mudah terlepas beberapa perkara walaupun anda telah melalui operasi yang sama secara kerap sebelum ini. Sebaik sahaja anda membiasakannya, pemeriksaan pra-penerbangan sebenarnya hanyalah satu kerja kecil yang memberikan nilai yang luar biasa dari segi keselamatan.

Comments


bottom of page