top of page
Search

Pro dan Kons Teknologi Dron

Updated: Oct 10, 2023

Tidak dinafikan dron merupakan alat teknologi yang menyeronokkan dan kegunaannya sangat bagus kepada komersial dan industri. Tetapi masih ada pengguna yang tidak mengambil berat mengenai kegunaan drone ini terutama daripada segi pengawasannya. Seperti teknologi yang lain dron juga boleh memberikan cabaran kepada juruterbang yang menerbangkannya. Di dalam artikel ini kita akan melihat di ke dua sisi yang akan melihatkan kebaikan dan keburukannya.



Pro: Dron Seronok untuk diterbangkan


Sistem komunikasi yang efektif akan membantu dron menjadi lebih responsif kepada alat kawalan terbang juruterbang. Sensor dan penerima GPS yang canggih akan menjamin kestabilan dron walaupun dalam keadaan cuaca berangin. Sensor dron juga boleh membantu mengelak daripada sebarang halangan. Komunikasi yang efektif akan membantu dron menjadi lebih responsif kepada pengguna dan akan meningkatkan jurang di mana dron boleh disambungkan kepada alat kawalan terbang juruterbang.


Pro: Kos Dron semakin murah


Dengan penggunaan dron yang semakin meluas dalam industri, kos pembelian dron lebih semakin murah dan mesra kepada pengguna. Ia bukan sahaja boleh digunakan untuk kegunaan industri sahaja tetapi boleh memberikan kepuasan kepada mereka meminati teknologi. Penggunaan dron telah banyak membantu menggantikan tenaga buruh dan beberapa operasi seperti kegunaan komersial yang telah banyak menjimatkan kos. Berbanding dengan lima tahun lalu, dron lebih ekonomikal untuk dibeli, mempunyai ketahanan yang tinggi, dan selamat.


Pro: Berkebolehan terbang di kawasan yang sukar diakses


Kebolehan dron untuk terbang di kawasan yang sukar diakses terutama sekali apabila berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan respons yang pantas di mana setiap saat perlu diambil kira bagi menentukan nyawa dan kematian.


Agensi Kerajaan seperti unit keselamatan telah mengaplikasikan penggunaan dron dalam misi menyelamat dan mencari kerana ia lebih cepat dan mudah dengan menggunakan imej thermal untuk mengenalpasti manusia semasa situasi yang gelap atau keadaan yang membataskan daya penglihatan. Jabatan Bomba dan Penyelamat juga mengambil inisiatif dengan menubuhkan unit dron untuk digunakan sebagi alat pengesan kebakaran dan membawa bahan bagi memadamkan kebakaran di lokasi yang sukar diakses oleh kenderaan darat pasukan bomba.


Pro: Menghasilkan imej udara yang berkualiti


Dengan menggunakan kamera yang beresolusi tinggi dan sensor yang optimum, dron mampu memberikan hasil gambar udara atau video berdasarkan data yang dikumpulkan dengan tepat. Data tersebut akan diproses untuk menghasilkan peta 3D dan 3D model untuk dianalisis. Pemetaan 3D amat relevan untuk mendedahkan keretakan, kerosakan atau unsur berbahaya lain di kawasan bencana. Gambar yang beresolusi tinggi atau video beresolusi 4K sesuai digunakan semasa melakukan siaran langsung acara hiburan, politik atau persendirian.





Cabaran: Terdedah kepada kemalangan


Seperti gajet elektronik yang lain, dron juga boleh mengalami masalah kerosakan. Salah satu kejadian yang merisaukan juruterbang dron ialah dron boleh terhempas, atau jatuh dari langit. Ia adalah mimpi ngeri terburuk juruterbang dron, bukan hanya kerana potensi kehilangan dron, tetapi kerana kemalangan boleh menyebabkan kerosakan pada harta benda atau tanah orang yang mengakibatkan saman sivil diambil terhadap pemilik dron itu.

Walaupun kerosakan harta benda biasanya minimum disebabkan oleh saiz dron rekreasi, ia tidak membantu kredibiliti mereka di kalangan orang yang sudah tidak menyukainya. Lebih teruk lagi, kadangkala dron boleh terkena manusia. Sebarang kecederaan, tidak kira betapa kecilnya, boleh mengakibatkan juruterbang dron terpaksa membayar denda atau bahkan menghadapi hukuman penjara.





Cabaran: Bergantung kepada keadaan cuaca


Dron boleh digunakan ketika cuaca cerah dan baik. Ia tidak boleh digunakan untuk melakukan kerja atau penghantaran barang semasa cuaca berangin atau ribut. Memandangkan bateri Lithium Polimer sangat sensitif kepada kelembapan, oleh itu untuk terbangkan drone semasa hujan adalah sangat mustahil. Masalah ini telah membuatkan banyak perniagaan yang terjejas dan kemudian mereka akan mempertimbangkan untuk menggunakan trak penghantaran bagi menghantar barang pelanggan.


Cabaran: Penyalahgunaan dron


Penyalahgunaan dron berkemungkinan merupakan salah satu ketakutan terbesar orang ramai terhadap teknologi dron. Terdapat segelintir pengguna dron menggunakan dron untuk tujuan kepentingannya seperti mencerobohi kawasan perumahan jiran atau mengintip mangsa untuk mendapatkan data tanpa mendapatkan keizinan tuannya. Oleh kerana kipas dron tersebut dalam mod yang senyap ia membolehkan penjenayah mencerobohi privasi seseorang dengan mudah.



Kesimpulannya, teknologi dron telah menawarkan banyak kelebihan daripada revolusi perindustrian kepada menyelamatkan nyawa dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Walau bagaimana pun, terdapat juga beberapa perkara yang perlu dititikberatkan seperti privasi, keselamatan dan potensi boleh disalahgunakan. Seiring dengan perkembangan teknologi dron, peraturan dan keselamatan perlu diperketatkan untuk memastikan risiko semasa menggunkannya dapat dikurangkan.

bottom of page