top of page
Search

Pilihan Dron untuk Dibawa Ketika Percutian


Source: Tenerife from Skypixel


Tiada cara yang lebih baik untuk mendapatkan foto dan video percutian yang menarik selain daripada menggunakan dron. Dron membolehkan anda melihat tempat yang indah dari pelbagai sudut dengan hanya satu klik butang. Dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang, dron mudah untuk dibawa kemana sahaja dengan saiz yang kecil.


Penggunaan kamera berkualiti tinggi, hayat bateri yang berpanjangan, beberapa mod penerbangan, persediaan pantas dan ketahanan adalah perkara yang harus pengguna mengambil tahu dalam pemilihan dron. Terdapat beberapa pilihan dron terbaik untuk dibawa ke destinasi percutian anda iaitu DJI Mini 2, DJI Mini 3 Pro dan DJI Mavic 3.


Mari lihat pilihan teratas di bawah yang disyorkan oleh pakar:


1. DJI Mini 2


Pada peringkat permulaan, DJI Mini 2 ialah dron yang mudah untuk dibawa semasa anda sedang merancang destinasi percutian. Ia menampilkan resolusi video 4K, alat kawalan yang canggih, mempunyai tempoh penerbangan yang lama dan daya tahan angin yang bagus. Reka bentuknya sama seperti Mavic Mini yang asal. DJI Mini 2 sangat kecil dan boleh memegangnya dengan tangan atau memasukkannya ke dalam poket belakang anda semasa berjalan dan bersiar-siar.


Dengan masa penerbangan selama 31 minit, anda mempunyai masa yang mencukupi untuk mengambil rakaman yang sempurna. Dengan tempoh masa yang ada, anda boleh terbang lebih jauh dan meneroka banyak tempat lain. Ciri zoom digital 4x membolehkan anda melakukan peralihan dengan lancar antara jarak dan pelbagai imej yang berbeza.


2. DJI Mavic 3


Jika anda suka kan alam semula jadi, maka DJI Mavic 3 sangat sesuai untuk anda. Mavic 3 mempunyai masa persediaan yang pantas, tempoh penerbangan yang panjang, sensor bagi mengelakkan dari sebarang halangan dan kamera berkualiti tinggi. Sebaik sahaja anda menerbangkan Mavic 3, anda akan bersetuju bahawa ia memberikan pandangan baru untuk mendapatkan sudut yang sempurna.


Masa penerbangan selama 46 minit adalah masa yang paling lama bagi pengguna dron. Anda akan berada di udara lebih lama untuk meneroka dan mengambil semua gambar yang anda inginkan. Selain itu, Mavic 3 juga mengutamakan keselamatan penerbangan kerana ia dilengkapi oleh sensor halangan pada semua sisi dron untuk mengesan dan dapat mengelakkan daripada risiko seperti melanggar pokok atau bangunan.


Source: Frozen Sunset from Skypixel


3. DJI Mini 3 Pro (DJI RC)


Bagi yang menggemarkan fotografi luar semasa dalam pecutian, DJI Mini 3 Pro adalah dron yang sempurna. Reka bentuk Mini 3 Pro dipertingkatkan sedikit di bahagian gerakan hadapan berbanding drone keluaran sebelumnya, Mini 2. Prestasi penerbangan model ini lebih kurang sama dengan dron Mavic yang lain. Secara umumnya ia mudah, menyeronokkan dan selamat untuk diterbangkan. DJI Mini 3 Pro menampilkan teknologi pintar, sistem penghantaran yang dipertingkatkan, kebolehan kamera yang mengagumkan dan reka bentuk yang ringan.


Jangan terlepas sebarang momen menarik semasa bercuti sambil mengambil foto dengan kualiti 48MP dan video resolusi 4K. Selain itu, Mod Potret membolehkan anda mengambil video secara menegak untuk dikongsi di Instagram dan platform media sosial yang lain. Terdapat masa penerbangan selama 34 minit dengan bateri standard. Namun, anda boleh memilih bateri masa penerbangan selama 47 minit jika anda ingin terbang lebih lama.


Jika anda memerlukan konsultasi dalam pemilihan drone bagi tujuan kerja atau ingin dijadikan sebagai hobi anda boleh mendapatkan servis konsultasi kami di Drone Academy Asia.








Kommentarer


bottom of page