top of page
Search

Pemetaan Menggunakan Teknologi LiDAR

Pemetaan merupakan proses penting untuk tujuan pemantauan, perancangan bandar atau tinjauan ladang pertanian. Salah satu teknologi yang semakin mendapat perhatian daripada pengguna dron ialah teknologi LiDAR (Light Detection and Ranging). Dalam artikel ini kita akan mengenali tentang teknologi Drone LiDAR, fungsinya dan kebaikan untuk proses pemetaan menjadi lebih efisien.




Apa itu Teknologi LiDAR


LiDAR dikenali sebagai “Light Detection and Ranging” yang digunakan untuk tinjauan bagi mengukur jarak dan membuat peta dalam bentuk 3D dari permukaan bumi dan objek lain menggunakan sinaran laser. Teknologi ini telah digunakan selama beberapa dekad dalam pemetaan darat, kapal terbang dan di ruang angkasa.


Dalam operasi drone, teknologi LiDAR akan memancarkan laser ke permukaan bumi dan kemudian mengira masa yang diperlukan untuk cahaya tersebut kembali ke sensor. Data tersebut akan dikumpulkan mengikut jarak dan bentuk objek di kawasan berkenaan.


Fungsi Teknologi Drone LiDAR

1. Pemetaan: Kerja pemantauan memerlukan sistem LiDAR untuk mengumpulkan ukuran dimensi 3D. Mereka boleh menghasilkan model topografi untuk diproses melalui program komputer.


2. Seni Bina: Pengimbas laser telah menjadi pilihan utama dalam kerja pemantauan persekitaran bangunan, termasuk penggunaannya di jalan raya dan sistem kereta api.


3. Pembinaan: Penggunaan LiDAR juga semakin meningkat bagi industri pembinaan. Teknologi LiDAR digunakan untuk mengawasi perkembangan rojek bangunan dan menghasilkan replica secara digital. Ini dapat membantu untuk menghasilkan model 3D untuk memantau struktur dan 3D model bagi kegunaan arkitek dan jurutera.


4. Alam Sekitar: Aplikasi LiDAR boleh digunakan untuk alam sekitar bagi tujuan pemantauan risiko berlaku banjir, stok karbon dalam perhutanan, dan memantau hakisan pantai.


Manfaat Teknologi Drone LiDAR

1. Pantas dan Efisien

Teknologi dron LiDAR menjadikan proses pemetaan lebih pantas dan efisien berbanding menggunakan kaedah konvensional. rone dapat mengesan kawasan yang sukar diakses dan dapat mengumpulkan data dengan pantas, menjimatkan masa dan kos.


2. Ketepatan yang tinggi

Teknologi LiDAR menghasilkan daya yang sangat tepat dalam bentuk 3D. Hal ini menjadikannya ideal untuk aplikasi yang memerlukan maklumat yang terperinci seperti survey tanah, model permukaan dan memantau perubahan lingkungan.


3. Fleksibiliti

Drone LiDAR boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi dan industri. Mereka boleh digunakan untuk melakukan pemetaan hutan, pemantauan aliran sungai, pemetaan bangunan, dan juga arkeologi. Kemampuan LiDAR untuk beroperasi dalam pelbagai situasi membuatkannya menjadi sangat fleksibel.


4. Pemantauan Alam Sekitar lebih baik

Teknologi drone LiDAR dapat memberikan pemantauan yang baik kepada alam sekitar kerana dapat digunakan untuk memantau sebarang perubahan terhadap alam sekitar seperti kerosakan hutan, perubahan iklim dengan ketepatan yang tinggi.



Salah satu contoh penggunaan teknologi drone LiDAR adalah pemetaan hutan. Hutan merupakan ekosistem penting yang memerlukan pemantauan berkala untuk melihat sebarang perubahan pada pokok dan kesihatannya. Dengan drone yang dilengkapi sensor LiDAR, penyelidik dapat membuat pemetaan dengan pantas dan tepat dalam bentuk 3 dimensi.


Hasil data dron LiDAR memberikan kemudahan dalam pelbagai industri seperti pembinaan, pemetaan, pertanian dan sebagainya. Teknologi ini telah mendatangkan pelbagai manfaat kepada pengguna seperti pemetaan yang tepat, pantas dan memberikan kualiti yang tinggi. Melalui pengaplikasian Drone LiDAR, projek dapat diselesaikan dengan pantas serta mengurangkan kos projek. Oleh itu penggunaan drone LiDAR merupakan ciptaan yang sangat berharga kepada organisasi daripada pelbagai bidang yang mampu memudahkan projek mereka.

Comentários


bottom of page