top of page
Search

Mengapakah Pengendali Dron perlu melengkapkan Latihan Pengendali Dron Asas (RCoC-B)?

RCOC-B merupakan kursus yang menerima pengiktirafan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebagai tanda sokongan dan komitmen CAAM untuk terus menyokong industri UAS (Unmanned Aircraft System) atau industri dron dengan menyediakan asas yang kukuh untuk membolehkan bakal juruterbang dilatih sepenuhnya dengan kemahiran yang diperlukan dengan melalui Latihan Pengendali Dron Pertama di Malaysia yang komprehensif.




Kursus ini membenarkan mereka untuk melakukan ujian atau peperiksaan dan menjalankan kursus latihan dan pengajaran berdasarkan kepada spesifikasi latihan yang ditetapkan. Program ini menyokong industri dron dengan menawarkan latihan berkualiti bagi menyediakan lebih ramai juruterbang dron yang berkelayakan di Malaysia. Untuk mereka yang tidak mempunyai pengalaman terdahulu dalam pengendalian dron sangat digalakkan dan menjadikan ini sebagai peluang terbaik untuk semua orang mengambil bahagian dalam latihan ini.


Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) telah banyak diaplikasikan dalam bidang Pertanian, Pembinaan, Ukur, Pemeriksaan dan Pengawasan untuk meningkatkan kecekapan serta memperbaiki dari aspek keselamatan selain memacu produktiviti. Melalui kursus ini, pengendali dron yang telah lulus dan memperolehi sijil latihan yang meliputi RCoC-B (asas) yang membenarkan kesemua operasi ‘Visual Line of Sight (VLOS) dijalankan di bawah Kelulusan Projek UAS Khas dan Modul 2 (AGR) atau Operasi Pertanian UAS yang membenarkan pemegang sijil untuk menjalankan operasi untuk kerja-kerja Operasi Pertanian UAS. Justeru itu, selepas lulus peperiksaan yang dijalankan juruterbang dron yang mendapat kelulusan CAAM ini berpeluang untuk menjalankan aktiviti dron dengan pelancaran Latihan Pengendali Dron Asas (RCoC-B) [EH1] tersebut.


Kami di Drone Academy Asia telah beroperasi selama 4 tahun dalam bidang dron telah mendapat pengiktirafan dan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk menganjurkan kursus RCOC-B ini di Malaysia. Ia satu penghargaan yang sangat besar kerana menjadi salah satu institut Latihan penerbangan dron dan menjalankan kursus Latihan penerbangan dron (RPTO) kami. Pasukan kami sangat komited dalam melaksanakan program ini untuk memastikan para peserta mendapat sesi pembelajaran yang terbaik dengan mendapat asas yang kukuh dalam pengendalian dron serta disokong dengan sistem keselamatan yang telah lengkap. Sijil Kopetensiyang diiktiraf CAAM ini mampu meningkatkan dan membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada juruterbang dron mengikut era digital baharu ini.


Para peserta berpeluang untuk merasai pengalaman untuk mengendalikan model dron yang canggih dan terkini semasa sesi latihan seperti model DJI M300 RTK. Selain itu, para peserta akan dilatih menggunakan peranti latihan simulator penerbangan kami untuk meningkatkan tahap kecekapan semasa menjalani latihan. Sesi pembelajaran di dalam kelas juga dijalankan secara kondusif kerana kami mementingkan aspek keselesaan para peserta agar mereka boleh mendapatkan pelajaran secara lebih terperinci. Kami menganjurkan kursus kami seiring dengan permintaan penggunaan dron yang semakin tinggi sama ada daripada syarikat korporat mahupan syarikat swasta.


Kami melihat apabila lebih ramai menyertai kursus RCOC-B ini ia dapat meningkatkan tahap kepakaran kepada para penggemar dron kerana dron ini merupakan alat yang unik yang mampu mengubah dan mengembangkan dari sudut perniagaan mahupun kehidupan seharian. Oleh itu, peserta yang berminat dengan kursus ini harus merebut peluang terbaik ini untuk menagambil bahagian di dalam kursus latihan ini dan menyokong perkembangan industri dron yang semakin berkembang pesat ini.


Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut dalam penggunaan dron atau kursus yang kami tawarkan, pasukan kami di Drone Academy Asia sedia untuk membantu anda memperolehi kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan. Hubungi kami di admin@droneacademy-asia.com.




bottom of page