top of page
Search

Enam Langkah Melaksanakan Program Dron untuk Tujuan Komersial yang Berjaya


Pelaksanaan Program Drone adalah rumit, tetapi hasilnya boleh memacu nilai teknologi dron dan peningkatan perusahaan anda.


Berikut adalah enam langkah yang perlu dipertimbangkan sebelum melaksanakan program dron untuk untuk tujuan komersial:


Langkah 1: Mengenalpasti Objektif Syarikat Anda

Langkah pertama untuk melaksanakan program dron adalah dengan mengadakan perbincangan bersama pasukan anda untuk saling bertukar pendapat dan mengenalpasti objektif yang boleh digunakan dalam teknologi dron.


Pakar dron akan memahami keperluan anda dengan memadankan dan memberikan penyelesaian teknologi drone yang bersesuaian.


Langkah 2: Semak Undang-undang dan Peraturan Tempatan Sistem Pesawat Tanpa Pemandu

Oleh kerana drone diterbangkan melalui ruang udara awam, peraturan digubal untuk menjaga privasi dan keselamatan penduduk.


Sebagai juruterbang yang bertanggungjawab, adalah penting untuk mereka menyemak dahulu perundangan tempatan sebelum melancarkan program dron. Kami mencadangkan supaya anda sentiasa mengikuti peraturan terkini untuk memastikan operasi dapat dijalankan dengan selamat dan secara sah.


Langkah 3: Memilih dan Melabur Dalam Peralatan dan Perisian Dron

Setelah mengambil kira aplikasi dan keperluan organisasi anda, ini adalah factor yang perlu dipertimbangkann semasa membuat pembelian peralatan dron :


• Sensor dan Muatan

• Penilaian IP

• Program atau Perisian yang bagus

• Keselamatan & penyulitan

• Penyelenggaraan dan kos pembaikan


Setelah anda mengenalpasti parameter operasi, keperluan keselamatan dan spesifikasi peralatan yang bersesuaian dengan organisasi anda, anda boleh mempertimbangkan untuk memulakan program dron anda.


Langkah 4: Latihan Staff

Bagi memastikan staff anda dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang baik, anda harus memastikan semua juruterbang dron dilatih dan tahu bagaimana untuk mengatasi jika berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan semasa membawa dron.


Latihan yang komprehensif adalah penting untuk mempunyai program drone yang cekap, apabila mempunyai staff yang mempunyai kepakaran anda akan meraih banyak faedah melalui drone tersebut.


Langkah 5: Melaksanakan Prosedur Operasi Standard

Membentuk prosedur operasi standard adalah untuk memastikan kejayaan program drone anda.


Ia adalah penting bagi mempersiapkan pasukan anda untuk mereka hadapi apa sahaja semasa berada di padang dan kami mengsyorkan menggunakan senarai semak penerbangan dan juga dokumen prosedur yang lain seperti pelan penerbangan.



Langkah 6: Pengurusan Armada Dron

Dron mempunyai jangka hayat yang tertentu dan program penyelenggaraan yang bagus akan mengelakkan daripada operasi anda terhenti dan menghindar daripada berlaku sebarang insiden disebabkan penyelenggaraan yang tidak bagus.


Dron Akademi Asia boleh akan membantu anda untuk memenuhi keperluan perusahaan dron anda. Hubungi kami hari ini.

bottom of page