top of page
Search

Aplikasi Drone Membantu Dalam Pengurusan Bencana


Bencana alam adalah bahaya semula jadi atau buatan manusia yang menyebabkan kerosakan atau kemusnahan fizikal yang ketara serta berlaku perubahan yang drastik kepada persekitaran. Persediaan dan pencegahan sebelum berlakunya bencana juga adalah amat penting berbanding saat ketika menghadapi bencana tersebut.


Setiap agensi yang terlibat haruslah mempunyai sistem pengurusan bencana yang cekap bagi melaksanakan operasi menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam bencana alam. Kekurangan dalam sistem pengurusan bencana akan melambatkan misi menyelamat dan mengakibatkan pengumpulan maklumat, penilaian bencana serta penemuan mangsa yang lambat, dan perkhidmatan komunikasi yang terhad.


Berikut adalah aplikasi drone dalam pengurusan bencana :


1. Misi mencari dan menyelamat


Sama ada dalam senario bencana, atau dengan misi mencari dan menyelamat yang lebih biasa, adalah penting bahawa orang hilang ditemui secepat mungkin untuk memaksimumkan peluang mereka untuk terus hidup. Kebarangkalian mencari mangsa yang terselamat adalah paling tinggi dalam tempoh 72 jam sejurus selepas bencana. Adalah penting untuk menjadi pantas dan kuat dalam operasi menyelamat ini. Dalam bencana alam seperti gempa bumi, atau dalam kemusnahan yang disebabkan oleh letupan, orang ramai boleh terperangkap di bawah runtuhan. Dalam banjir, orang ramai juga mungkin terperangkap di kawasan yang tiada jalan selamat untuk melarikan diri seperti di atas bumbung atau bilik di tingkat atas.


Dron yang digunakan untuk misi mencari dan menyelamat jenis ini selalunya dilengkapi dengan kamera pengimejan terma yang boleh membantu mencari mangsa yang hilang di kawasan yang sukar dicari. Ini bukan sahaja menjadikan mereka lebih cepat untuk membantu mencari mangsa yang terselamat, tetapi mereka juga menyediakan pilihan yang lebih murah dan lebih selamat daripada menghantar helikopter penyelamat pada mulanya.


2. Sistem komunikasi


Kita sangat bergantung kepada telefon bimbit dan internet untuk berkomunikasi. Apabila berlakunya bencana maka sistem telekomunikasi akan terputus serta-merta antara satu sama lain seperti contohnya dalam kejadian banjir baru-baru ini di mana mangsa tidak dapat meminta bantuan apabila bateri telefon bimbit mereka mati selepas 12 jam berada di tempat terbuka di atas bumbung.


Dron dapat menangani masalah ini dengan membawa muatan (seperti kamera dan penderia) yang boleh mengumpulkan maklumat secara bebas. Alat ini boleh menjadi talian hayat semasa bencana yang serius. Dron boleh bertindak sebagai sistem telekomunikasi kos rendah yang dapat memberikan amaran awal mengenai bencana alam dan bertindak sebagai ‘hotspot’ wifi apabila isyarat telefon terganggu semasa cuaca melampau seperti gempa bumi, tsunami atau taufan.


3. Penghantaran bekalan


Bencana alam akan memberikan impak yang serius kepada infrastruktur. Apabila struktur seperti jalan raya, jambatan, kabel dan saluran paip dilumpuhkan maka penduduk di kawasan yang terjejad akan terputus daripada sumber penting seperti elektrik, air dan talian telefon. Dron sangat berkesan untuk menghantar bekalan kerana mereka tidak bergantung pada infrastruktur tradisional untuk pergi dari titik A ke titik B.


Bekalan kecemasan dapat disalurkan kepada mangsa bencana dengan pantas dan mudah kerana dron mampu terbang di kawasan yang sempit dan memudahkan pasukan penyelamat untuk menghantar sumber perubatan dan makanan bagi menyelamatkan nyawa mangsa bencana tersebut.


4. Penilaian kerosakan


Dari segi penilaian kerosakan, dron yang dilengkapi dengan sistem kamera berkualiti tinggi mampu merakamkan gambar dengan lebih jelas bagi membuat penilaian dengan lebih efisien. Dron juga boleh melihat melalui ruang udara di kawasan yang terjejas selepas bencana tanpa perlu melibatkan pasukan penyelamat untuk melihat sendiri di kawasan bencana yang berbahaya dan boleh mengakibatkan kecederaan kepada mereka.


Berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh pemantauan dron, kesan bencana dapat dikurangkan dengan lebih efektif dan semua maklumat yang relevan dapat menyokong dalam membuat keputusan yang lebih baik. Pemetaan kawasan yang berkesan dapat dilakukan oleh dron dalam waktu yang singkat dan beresolusi tinggi supaya akan dapat membantu tindakan respon yang lebih cepat dan efisen.


Sebagai kesimpulan, bencana tidak dapat dielakkan dan boleh menjejaskan sesiapa sahaja, pada bila-bila masa. Kunci untuk membangunkan respons kecemasan yang berjaya adalah dalam mengumpul data dengan cepat, menilai tahap kerosakan, dan mengurus serta menggunakan sumber anda secekap yang mungkin. Kerajaan dan agensi tindak balas kecemasan boleh meningkatkan keselamatan awam secara besar-besaran dengan bantuan teknologi dron. Mereka mesti melatih kakitangan khusus untuk mengendalikan dron ini dan melatih pasukan darat pengurusan bencana mereka untuk bekerja seiring dengan dron untuk memastikan tindak balas yang berkesan semasa masa krisis.


bottom of page