Search

5 Cara Teknologi Dron Mempengaruhi Kehidupan Harian Kita

Updated: Jun 10


Teknologi telah mengubah setiap cara kita melihat di sekeliling kita. Apabila teknologi terus berkembang dan memainkan peranan yang lebih besar dalam kehidupan pengguna, industri turut berubah dan menyesuaikan diri juga. Sudah tentu, mereka masih mencari strategi yang membolehkan mereka mencapai kejayaan yang lebih bagus. Dron adalah salah satu inovasi terbaru dan memenuhi kriteria untuk penyelesaian inovasi.


Berikut adalah lima cara dron mempengaruhi kehidupan harian manusia.


1. Membantu Dalam Misi Mencari Dan Menyelamat


DJI telah melancarkan peta keselamatan dron global (DJI Drone Rescue Map) bagi membantu menyelamatkan nyawa seseorang. Peta tersebut bukan sahaja terhad untuk teknologi dron DJI tetapi ia turut mengandungi penceritaan mengikuti kriteria DJI dari serata dunia termasuklah bagaimana dron digunakan dalam misi pencarian manusia, membawa bekalan kepada yang memerlukan, menangani situasi kebakaran dan beberapa senario yang lain.


2. Membendung Kebakaran Hutan


Para penyelidik metereologi banyak melakukan kajian menggunakan dron untuk meramalkan pergerakan kebakaran hutan supaya anggota bomba dapat melawannya dengan lebih berkesan. Pergerakan kebakaran hutan bergerak secara tidak menentu menjadikanya sukar untuk dikawal. Walau bagaimanapun, dron yang dilengkapi sensor khas dapat membantu pihak penyelidik untuk mendapatkan data yang tepat dalam usaha mereka membendung kebakaran yang berterusan.


3. Mengelakkan Penyebaran Penyakit Covid-19


Dron telah banyak membantu dalam usaha untuk memerangi penyebaran Covid-19 terutamanya dengan mengamalkan penghantaran tanpa bersentuhan. Pihak berkuasa menggunakan dron bagi menghantar bekalan perubatan dan ujian kendiri Covid-19 di rumah penduduk supaya penduduk tidak perlu khuatir jika terkena jangkitan virus tersebut. Terdapat juga beberapa negara melakukan penyemburan disinfeksi dari udara bagi membendung penularan virus.


4. Penghantaran Barang Yang Bersaiz Kecil


Banyak syarikat menggunakan dron pada hari ini untuk penghantaran produk kepada pelanggan. Salah satu syarikat yang menggunakan khidmat ini adalah Amazon. Amazon telah lama mengusahakan sistem penghantaran berasasakan dron untuk pakejnya. Perkhidmatan ini dinamakan sebagai Amazon Prime Air iaitu selepas pelanggan membuat pesanan pakej akan diterbangkan kepada individu tersebut. Walau bagaimanapun, untuk menghantar barang yang bersaiz besar mungkin mempunyai risiko yang tinggi dan perlu dipertimbangkan bagi memastikan keselamatan barangan tersebut.


5. Memberikan Bekalan Untuk Kerja Kemanusiaan


Pada masa hadapan, dron akan mengangkut bekalan ke kawasan terpencil atau tidak boleh diakses. Mereka akan menghantar bekalan perubatan dan vaksin ke lokasi terpencil, tempat berbahaya, serta tempat yang dilanda peperangan. Ini akan meningkatkan keselamatan pekerja penyelamat sambil menghantar bekalan misi kemanusiaan dalam masa yang sesuai untuk membantu orang yang memerlukan.


Ini hanyalah sebahagian daripada cara dron mengubah dunia pada masa ini. Kami hanya boleh menjangkakan aplikasi selanjutnya akan diperkenalkan di kemudian hari, kerana ia pasti akan mengubah kehidupan kita dengan lebih banyak lagi.